Aug 16, 2017

Diet Story; Beginning

Assalamualaikum.

Yes, sekarang ni aku tengah berdiet. hahahaha macam kelakar je si polan ni diet. Adui. Entahlah aku rasa benda ni takkan kekal lama since aku ni jenis mudah lupa daratan. Harini pun dah terbabas pergi melantak bihun tomyam semangkuk dekat kedai makan tadi. Itupun mama yang ajak since ayah tak boleh drive sebab pedih mata. Terpaksa ikut and makan kalau tak nanti kena ejek teruk -_-.

Aku diet ni bukan sebab nak attract orang suruh puji atau tidak, bukan aku tak bersyukur ada anggota badan yang cukup sifat tapi aku nak fit, tak nak rasa sakit disebabkan berat aku tak balance and tak kena dengan ketinggian. Alhamdulillah, tak semput even check bmi, aku dah obese. Sedihnya ! Cuma kaki selalu sakit sebab badan ni berat sangat dah rasa. Tinggi aku 157 cm bayangkan berat aku tak nak kasi tahu :P

Untuk 2 minggu pertama ni, aku berjaya lost 3kg. Mari aku share apa aku buat minggu pertama dan minggu kedua.

Minggu pertama;

Start praktis minum air masak bebanyak.

Start control makan. Slow down makan jajan, maggie, mcd ape semua tu. Nasi alhamdulillah, aku memang kurang makan nasi. Setiap hari cuma makan setengah senduk sehari.

Jaga waktu makan dan jumlah ambilan makanan untuk sehari.

Minggu kedua (detail);

1.  Sehari,  minum sekali je air manis guna cawan sederhana (tak terlalu kecil).

 Sekali dah ambil memang jadi ketagih lagi nak minum, kena push diri kawal nafsu tu. Bila dia datang terliur nak minum air manis, minum air masak banyak-banyak. Kalau minum air suam lagi berkesan. Aku kena minum juga sekali untuk elak sakit kepala.

2.  Segala bapak kafein aku stop termasuk wonder coffee expresso yang aku suka tu.

Jangan sesekali try waktu on diet / tengah cheat day sebab dia punya ketagih tu lain macam. Sebab tu aku panggil air dadah ๐Ÿ˜Œ Nescafe pun tak boleh jugak biarlah dia tu nescafe 'o' atau susu sekali pun.

3.  Ais.

Seminggu dah aku stop and tak ada lagi masalah perut buncit melampau. Haritu dia punya senak atas perut azab weh sebab perut kembung gila macam orang pregnant 5 bulan.


Rutin diet?

Bangun tidur, minum segelas plain water atau pun standby sebotol air mineral tepi katil, dua kali teguk. Lepas tu, mandi dan bersiap.

Sarapan, I just eat what my mum cook. Kasihan dia pagi-pagi fikir nak masak apa so kita hargailah dia. At least ada makanan untuk di makan. Kalau pagi nasi lemak atau nasi goreng, aku makan guna pinggan sederhana dengan kuantiti penuh lekuk pinggan. Bukan sampai tertutup permukaan pinggan ye anak-anak.

Tengah hari, makan nasi macam biasa. Aku tak pernah skip nasi dan macam biasa aku makan guna pinggan sederhana dengan suku senduk nasi. Lauk, apa yang mak aku masak. Kalau ada sayur yang aku tak makan, ganti dengan buah.

Dinner, sama ada makan sebelum pukul 8 malam atau tak ambil langsung. Kadang-kadang, aku melantak makan mee sup dekat kedai depan rumah aku pukul 5.30 dengan kawan-kawan. Kalau makan malam pun, just ambik epal hijau dan minum teatox by myna. Itu je. Nasi aku memang tak makan waktu malam.

Kalau minum detox, kena gap 30 mins. lepas tu, baru boleh makan. One more, tiap kali habis makan aku akan minum segelas air suam (gelas tinggi punya) biasanya 15 mins selepas makan. Biasa, aku standby air panas satu gelas. Alang-alang nak tunggu air jadi suam dan selamat di minum, aku makan lepas tu gosok gigi. Agak macam dah selamat, boleh minum.

Workout

As I mention, masa dinner minum teatox, kan? Itu yang wajb aku ambil sebelum workout sebab tu aku minum malam. Kalau pagi tak dan sebab kadang bangun lambat lepas tu gopoh nak bukak kedai. Hahaha. Tapi serious talk bila workout lepas minum teatox, peluh tu meriah keluar ibaratkan dia bantu bakar lemak-lemak. Lepas tu, badan rasa ringan and fresh sangat bila peluh keluar banyak. Angin pun senang keluar samada sendawa atau tut tut ( nama manja kentut) hahahahaha.

Satu jam, setengah jam, lebih sejam ataupun kurang 10 min satu jam, aku akan workout. Even baru buka kekuda peluh dah menitis macam hujan daa. Hahahaha. Aku suka campur-campur workout ataupun aku cari workout untuk whole body, kalau rasa satu part yang tak banyak gerak aku cari lagi. Squat, HIIT dan Tabata paling famous tapi kalau rasa tak mampu, jumping jacks atau skipping tak memadai. Kalau jumping jacks ke skipping, aku cuma buat 30 mins.

Seminggu, dua hari workout, rest dan sambung workout sampai hari ketujuh. Kiranya, dalam seminggu buat tu wajib ada rest day sebab tak nak stresskan diri, sakitkan diri paksa diri. Kasihan la dekat tubuh korang tu.

 Jangan buat diri rasa stress sebab kalau stress nanti berat susah nak turun and korang akan push sampai memudaratkan diri. So, apapun kita enjoy je. Biar lambat, asal selamat.

Pesanan penaja;

Aku ambil nasi sebab tekak melayu dan untuk elak aku over-taking, aku kena makan nasi. Kalau tak nanti, tangan aku asyik nak mencapai jajan dekat kedai tu. Bila craving, cepat cepat teguk air masak. Sehari at least 3 litre sehari ye anak-anak. Aku selagi boleh minum aku minum ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Mental kena kuat and mindset kena positif selalu. Kau kena tahan bila tengok orang makan maggie or jajan or else minum air yang best-best. Boleh nak minum air manis, sekali atau dua kali sehari. Pakai gelas sederhana okay.. ataupun buat jus tanpa gula/susu.

So far I lost 3 kg in two weeks, 17 kg need to reduce. Hopefully, dapat bertahanlah at least sampai turun berapa banyak dia nak turun hahahahaha !




Apr 7, 2017

How to Use Google Font?

Assalamualaikum.

Hai guys. Today my tutorial will head to how to use google font. This is basic learning to new blogger who just sign up the blogger.com. It will help you customize new font and you can find your favorite one. so here, step by step tutorial. Hope you will like it !!

Mar 16, 2017

PILIH KURSUS YANG BETUL IPTA/IPTS

Assalamualaikum and Hello everyone.

First thing first, aku nak ucapkan tahniah buat pelajar-pelajar yang dapat keputusan SPM hari ini. Banyak mana kau usaha, itulah hasil dia. Tak kisahlah gagal atau lulus still nak ucap tahniah sebab dah selamat tempuh fasa pertama. Gagal itu jadikan teladan TAPI tak bermakna gagal tu selama-lamanya. Korang tetap ada peluang nak berjaya janji berusaha dan tak lupa kepada pemberi nikmat, Allah S.W.T. okay? Sekian tazkirah ringkas dari saya. hihi.

Dah dapat result, kan? Tak lama lagi abang-abang posmen menghantui korang dengan surat-surat dari IPTS. Dan untuk IPTA pula nanti kena beli pin number dekat BSN dan masa tu line tersekat di skala enam, tersumbat dalam toiletlah.. macam-macam. Harap-harap korang dah ready untuk fasa seterusnya. (tetiba aku lost nak tulis apa lagi dekat sini -_-)