May 1, 2013

Sinopsis Novel Musuhku Suamiku


Tanpa rela dan terpaksa , Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya Rafeeqi sudah bergelar suami kepadanya . Mahu ataupun tidak , dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang disebalik apa yang menimpanya .

'Hei , perempuan ! Apa yang kau letak dalam minuman aku ? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau ? Kau memang nak perangkap aku , kan ? Apa motif kau , hah ? Kau nak harta aku ? Huh , dasar anak yatim piatu . Lesbian pulak tu !'

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya . Pedih memang pedih . Tapi , siapa dia mahu menegak benang yang basah ? Beribu kali dia cuba meyakinkan Rafeeqi sekalipun , pasti lelaki itu tidak mempercayainya . Sungguh , itu fitnah ! Tapi , dia hilang punca untuk membuktikannya .

'Hisy , tengok ni apa kau dah buat ? Habis tercabut selendang aku . Baju aku pun dah basah . '

Saban hari duduk bersama , perang tetap perang . namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut . Hubungan yang dulunya dingin , perlahan-lahan bertukar mesra . Ikatan persahabatan diikat . Namun , sampai bila ? Dalam diam , hati sudah ada benih cinta .

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan ? Apakah perhubungan cinta itu akan bertukar ? Hati siapa yang bakal ada benih cinta ? Berantakan atau bahagiakah hubungan yang diikat ? Adakah musuh akan kekal menjadi musuh ? Atau , musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami ?

#re-update -> baru nak mula baca ;) selit kat belakang , superb best ! hihi . Berminat ? belilah . hihi

No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥