May 14, 2013

Tips : Tangani Stress

Assalamualaikum reader's

Mood mengantuk . Tadi terbangun lewat sebab semalam message dengan Nik and Alia . Thanks korang buat aku berjaga malam . Like have a baby . miahahaha .

ohoi dalam pada aku menyiapkan cerpen yang tak berapa gempak , aku terfikir jugak nak share tips like macam mana nak handle stress . Bagi kaki-kaki stress seperti saya , hope ini dapat membantu . Tips yang seberapa tapi dapat la tolong . Kalau ada pengalaman , baru boleh buat tips . Tak gitu ?

TIPS TANGANI STRESS 

macam soalan trial spm -.-' sempat lagi aku memain . lol .

  1. Tidur secukupnya
  2. Tengok cerita yang boleh buat anda gelak
  3. Duduk diam-diam
  4. Buat sesuatu
  5. Beriadah
  6. Cari teman yang boleh diajak berbual
  7. Makan coklat
  8. Dengar muzik
  9. Minum air banyak-banyak
  10. Buat senaman ringan
  11. Jangan terlalu banyak berfikir
Kenapa perlu buat semua diatas ?

okay , aku sememangnya buat semua . Dah pun pemberi tips yuyu mustafa . haha , berlagak . Tahu tak bila kita tak cukup tidur ,  rasa mengantuk akan mengusai kita . Pening kepala tanda-tanda tak cukup tidur . Bila pening macam ni , korang akan rasa terganggu bila orang buat silap sikit , korang melenting . Bila mak ayah tegur korang , marah . Hot kak Jemah . Ni adalah tanda-tanda stress . Ingat ! Tak cukup tidur boleh buat kita stress so jaga waktu tidur .

Tengok cerita yang boleh buat anda gelak . Tudiaa panjang haish . Comel macam kak ton tajuk tu . Bila yuyu *cehh , yuyu tu . bukan yuyu zulaikha erk . miahaha , bajet ke aku ni . okay serius . Bila aku stress , selalu aje aku bukan lappy lelaju bukak la cerita kartun or malay film yang lucu-lucu . Nowdays kan banyak cerita kelakar yang mengarut . huahua . Tahu tak , ni fakta sendiri okay . Bila kita gelak , kita akan lupa apa yang sedang berlaku . Bila kita nak buat something pun boleh lupa disebabkan ketawa . Ha ! sebab itu iolls suruh uolls gelak . Nanti uolls dapatlah hilangkan stress yang melampau tu . Hilang derita .

Duduk diam-diam . Bertenang okay . Jadi cari gaduh nanti tak pasal-pasal stress meningkat pecah termometer . ceh , kaitan ? kalau korang hiraukan orang sekeliling yang suka cari pasal tu makin stress lah korang kalau boleh jauhi mereka seketika dan bertenang . Duduk diam-diam .

Buat sesuatu . Cari hobi baru macam main gitar . Kalau takde gitar pinjamlah dengan sesiapa kalau sesiapa tu takde pergi ambik kat kedai . hahaha , jahat sungguh kaedah doktor yuyu . Tanamlah pokok atau tengok benda-benda hijau . Oksigen kay . Otak korang perlukan oksigen . Jangan stress terperap aje dalam rumah , kalau tak nanti bertambah serabut la korang . yeaah =)

Beriadah . Buat senaman sikit , jogging , bersiar-siar , hirup udara segar . Jangan hirup benda lain dah . Tiada unsur penghasutan disini . 

Cari teman yang boleh diajak berbual . Ini pernting ! Cari orang yang betul-betul yang korang percayai dan boleh menasihati dengan baik . kalau yang jenis tak faham and kuat menghasut tu memang sah-sah kena ganyang . Bila cerita masalah kita , In Sha Allah , lega hati kita . Tak terbeban sangat . Kusut dah tak , sebab kita dah luah . happy =P

Makan coklat . Hey-hey , Coklat tak menggemukkan . Haritu , Iolls ada terbaca dekat Metro bahawasanya coklat boleh mengurangkan stress . Lagi ? Tak ingat . Okay sememang saya peminat tegar coklat . Bila stress for sure I cari coklat . Memang best :P

Dengar muzik . Pasanglah kuat mana pun , janji tak pekak telinga tu . Yang pentinglah cari muzik yang tenang , harmoni , jazz , balada . kalau rock , I tak mampu nak kata apa . Hahaha , sebab Iolls dah pernah dengar lagu rock bila stress . Nak gila haku .

Minum air banyak-banyak . Air banyak tapi pilihlah air yang betul . Air anugerah ke , air yassin atau sekurang-kurangnya kalau takde , minum air kosong . Sejuk hati nanti . Tenang pun tenang .

Buat senaman ringan . Yang mudah dilakukan macam yoga atau poco-poco . hahaha , boleh ke ? aku tak pandai yoga so aku hanya buat 'tarik nafas hembus , tarik nafas hembus' . YOGA I tak pandai nak belit , keras kaki mak . 

Jangan terlalu banyak berfikir . Ini bahaya , kalau banyak fikir masalah yg buat korang stress tu , memang kritikal masuk tanjung agaknya . Carilah penyelesaian masalah , jangan bebani dengan hanya bebani dengan masalah . Cari penyelesaian . Jangan hanya , 'aku dah nak bankrap , apa aku nak buat ' atau pun hanya meratapi je tak buat apa-apa . sayang ! berfikiranlah cari penyelesaian bukannya meratapi atau hanya membiarkan masalah tiada penyelesai sebab setiap masalah ada penyelesaian . okay .

Hope so , ini dapat membantu anda dalam menangani stress . Apa yang saya senarai , saya pernah buat dan alhamdulillah , berhasil . Stress harini , esok dah takde . Bolehlah nak lalui hari-hari dengan ceria =)

#penat , tolong boleh ?  klik sini , sini dan sini

oh ye , jom tengok video ni sekali . Bolehkah Donut Menyatukan Malaysia ? agak-agak macam mana erk . Jom tengok DISINI

No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥