Apr 1, 2015

Bahayanya last minute study

Assalamualaikum.

Wei harini dah habis satu paper. Lagi 4 paper je tinggal.. malam ni aku nak duduk diam-diam, esok takde paper so aku nak study esok je.

Ha, sebut pasal study. Terfikir jugak macam mana korang study. Hahahaa.

kalau aku,

Esok quiz test, esok jugak aku study. Kalau rajin sikit, malam aku study.

Kau ingat lawak Nurul?

Aku tak tahu la bila nak berubah. Memang pattern macam ni sejak azali dan aku paling malas nak sentuh buku. Dulu zaman upsr, pmr, spm.. aku banyak main tapi Upsr and Pmr ada jugak A. Tapi Spm, bagai melukut ditepi gantang. Dah aku ingat nak taubat lepas Spm ternyata sama. Sekarang dah masuk 2 sem, aku pun dah migrain memikirkan perangai aku.

Nasihat aku, Jangan study last minute. Mungkin indah, tapi bahananya. Ya Ampun.

Kau tahu sebab apa?

Kau takkan ada masa nak ulang baca and nak ingat apende yang kau baca. Lain la kau Kyle XY yang belek-belek terus masuk. Hahaa, kata kat diri sendiri ni.

Mungkin kau ingat, tapi bila nak jawab keliru. Macam aku minggu lepas, kuiz. Punya la excited bila tengok abende yang aku baca, masuk dalam soalan. Last-last, eh apa dia erk.. rasa macam communication skill, eh creative thinking kot.. last padam communication skill, letak creative thinking. Kan rugi sedangkan jawapan mula-mula tu betul. Rasa nak guling-guling kat situ.

Study last minute sangat-sangat tak elok. Mohonlah Nurul berubah  sebelum terlambat. Buat yg lain jugak okay, sama-sama kita beringat.

No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥