Apr 20, 2015

Persediaan Menghadapi Minggu Destini Siswa (MDS)

Bulan 6 intake student baru Uitm,kan? Siapa dapat Uitm Dungun, put your hand up! I'm your senior terutama course Office Management and Technology.  Takpe, aku seorang senior yang baik. Please percaya.

Dah melangkah nanti, sementara tunggu senior-senior korang habis cuti semester, adik-adik bakal hadap Minggu Destini Siswa iaitu MDS! Hah, aku tahu korang dah meremang bulu tengkuk dengar MDS ni.

Persediaan yang korang kena hadapi untuk hadap MDS ni;

1. korang kena kuat dari segi fizikal dan mental. Sebab, korang akan bangun pada jam 3 pagi dan pulang ke kolej jam 12 tengah malam atau lebih.  No compromies.  Aku tak buat lawak okeng.  Sila gelak.

2. Sediakan baju kurung putih dan kain hitam (
pelajar perempuan) bagi pelajar lelaki; kemeja.

3. Kasut sukan.  Sebab korang akan ada aktiviti nanti dan keperluan untuk Kokurikulum. Jangan ingat kau boleh lepas dari Koko okengg. 3 semester korang kena hadap.

4. Baju kurung kena spare banyak-banyak.  Sepanjang MDS tak dibenarkan pakai jeans or t-shirt. Melainkan disuruh..

5. Powerbank.  Sebab korang takkan jumpa plug charger.. serious yang ni lawak sikit.

6. Makanan. Free jangan risau. Cuma lepas MDS korang kena bayar sendiri nasi dan segala lauk-pauk. Tapi make sure, purse dan wallet bawak, kalau ada keperluan nanti senang.

7. Phone kena off/silent.  Kalau taknak kena rampas.

8. Perempuan; flat shoes kena bawa sebanyak mungkin. Make sure, yang lembut dan tidak menyakitkan.  MDS nanti korang kena banyak berjalan so jaga diri.


Fakta yang anda perlu tahu; Hari isnin adalah hari formal dan anda semua diwajibkan berbaju kurung bagi perempuan, berkemeja bagi lelaki.  Perempuan, pakai flat shoes okay.  Peraturan begitu tapi aku selalu je pakai selipar/ kasut converse gi kelas. Eh yang ni termasuk dalam fakta ke? -.-"

    

2 comments:

  1. kejamnya huu~ T_T .best tak studi management? hehe

    ReplyDelete
  2. @Spirogyra alhamdulillah, setakat ni belajar memang best. kalau stress tu biasa lah. hehe ^_^

    ReplyDelete

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥