Apr 26, 2015

Tutorial; VSCO SNAPSEED

Assalamualaikum.

yuhuu. 

Seperti yg dijanjikan, aku akan buat tutorial VSCO dan Snapseed. Ni basic cara guna je untuk pengetahuan. Aku pun masih belajar pasal Snapseed dan VSCO. Ilmu ada sikit-sikit, tak salah untuk kongsi, kan kan kan. Aicewah. Panjang pulak kan dia uhuks.

Mula-mula, aku akan start dengan Snapseed. Yela, sebelum nak bubuh filter mesti nak make sure keadaan gambar tu okay ke tidak. Contoh kalau gambar tak berapa nak nampak, mesti bengang nak cari filter sesuai tak jumpa. Kang tak pepasal phone jadi mangsa. Ihiks, mengata diri sendiri ni -.-"

Jauh dah melalutnya, sekarang moh ler kita mulakan sesi pembelajaran dari unexpert person. haha, gitu. Jom mulakan!

SNAPSEED

1.  Mula-mula pilih gambar dengan hanya menekan open photo.


2.  Tune Image ada Brightness, Ambiance, Contrast, Saturation, warmth. Aku hanya pilih Brightness, Ambiance, Contrast. Jarang sekali aku guna Saturation. haha.

3.  Macam mana nak pilih function-function kat atas?

4.  Okay, dah tekan Tune Image. Brightness dah keluar masa tu so korang hanya perlu slide jari ke kanan untuk up brightness dan ke kiri untuk less.

5.  Untuk Ambiance, Contrast etc. slide jari ke atas dan boleh pilih. Cara guna sama macam brightness okay?

6.  Editlah gambar sesuka hati korang. haha!


VSCO

Korang tahukan VSCO ada filter yang sangat lawa samada dibeli ataupun diberikan percuma. Yes, aku suka barang percuma. kau? --"

Penggunaan filter adalah berdasarkan motif gambar, keadaan dan kecerahan. Dan paling penting, kalau taknak gambar nampak melampau, boleh ke setting untuk pegeditan lanjut. wihiiii.

Tahukah korang, VSCO mempunyai daya fokus baik? Hanya perlu tekan icon camera, jangan lupa klik pada skrin dan akan keluar bebola api. Haa, benda alah tu la fokus. 

Fokus tu kasi betul. Kalau merah, tak betul. Kalau hijau, betullah tu. Yang ni aku tak tipu.

untuk editing.

1.  First, Bukak VSCO. pastu pilih gambar yang menjadi pilihan hati.

2.  kemudian, dekat bawah tu ada icon spanar dengan berus tu (aku tak tahu tu benda apa -..-") kalau       nampak icon tu, click.

3.  Haa, dah keluar filter. Pilihlah mana-mana filter yang kau nak.

4.  Nak nampak vogue sikit? Pilih Filter dulu. Then, nampak tak icon ^? Kalau nampak bagus! slide       keatas.

5.  Tekan icon spanar (kedudukan kedua dari kiri) haa kat situ adjustlah exposure, saturation,          contrast, sharp. suka hati.  Kalau dah jadi. Tepuk tangan. Yeaayy!

*Bagi yang baru download VSCO, korang boleh cari filter baru. Caranya- click Store. Tak pun, masa kau pilih filter yang sedia ada tu, click icon troli mydin tu. haaah! settle. 

p/s: nanti aku reupdate, nak letak gambar.

p/s: Upah 1, 2, 3. Thank you ^_^


No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥