May 10, 2015

Cerpen; Mat Vespa Suami Aku


Sorry terpanjang. kenod move on. ahaha!


“Dah siapa pulak yang memekak pepagi buta nii”

Kaisara bangkit dari katil. Mukanya tak ubah seperti mak lampir, dengan rambut kusut masai, mata ber”eyebag” teruk. Dia membuka sliding door, menerusi beranda kamar.. dia dapat melihat seorang pemuda sedang asyik mengerjakan motor antiknya.

“Oi, tak kerja lain ke nak buat. Pepagi buta dah memekak! Kacau orang nak tidur. Buang je vespa buruk tu”tempelak Kaisara geram.

Danny mencari pemilik suara yang memarahinya. Alangkah terkejut dia melihat kelibat Kaisara diberanda yang tak ubah seperti mak lampir tetapi versi moden..

“eii buruk betul muka kau! Eh, kau tahu pukul berapa sekarang? Dasar anak dara pemalas. Tengah hari buta baru nak bangkit”sindir Danny. Dia bercekak pinggang dengan spanar ditangan.

“buruk-buruk vespa aku ni berguna, tak macam mini cooper kau tu asyik rosak jee! Jual kat uncle besi buruk la wei”sambungnya lagi. Tiada guna bertekak dengan si Kaisara, mulut perempuan tu boleh tahan.

“kurang-kurang berbumbung, kau ada? Eh kalau berguna, takdenya pepagi dah memekak dengan bunyi ekzos motor buruk kau tuu” balas Kaisara tidak mahu mengalah.

“Aku tengah servis la.. ish, memekak je perempuan ni! Betapa malangnya aku dapat jiran macam kau ni”

Danny meneruskan kerjanya.. sengaja dia memakai earphone dan menguatkan lagu agar bebelan Kaisara tidak kedengaran.

“oh, malang ye.. kau tengok seberapa malangnya nasib kau menganggu lena orang”kata Kaisara sambil tersenyum sinis.

Dia lantas keluar dari biliknya. Setibanya dia diluar, pili paip dibuka, lantas dia menghalakan getah paip yang bersambung ke arah Danny.

“woi, apa ni main kasar! Tak guna punya Kaisara..”bentak Danny. Bajunya sudah lencun dek terkena semburan paip.

Kaisara ketawa kuat.

“malang, kan? Anggap jelaa ada hikmah disebalik ni”balas Kaisara sinis dan terus berlalu pergi.


Danny menendang bekas berisi alatan mekaniknya. Sambil mulutnya terkumat-kamit memarahi Kaisara.

“Mak, dah berapa kali Sara nak cakap.. Sara tak ready lagi. Entah sesape la pilihan mak tu”ujar Kaisara. Dia sudah hilang sabar dengan emaknya namun dia bertahan kerana hormat.

“Mak!!! Sara tak mahu”rayu Kaisara. Dia menghentakkan kaki seperti emaknya berada disitu.

Tanpa sedar dia diperhatikan. Danny tersengih sendiri mendengar perbualan Kaisara. Serious benar, siapa hentak kaki bagai. Persis seperti seorang kanak-kanak.

“mak? Mak?”panggil Kaisara berulang kali apabila suara emaknya tiada lagi dalam talian.

“Tutup? Haisshh. Hati sabar, sabar okay. Dia mak engkau. Satu-satunya family dan tempat bergantung dan juga syurga kau. Sabar sabar” kaisara menenangkan hati sendiri. Dia cuba menghubunginya emaknya namun gagal. Telefon sengaja dimatikan. Dia melabuhkan punggungnya diatas bangku dihadapan pintu rumah.

“ehemmmm. Apa khabar jiran sebelah? Mak suruh kahwin erk? Kahwin ajelaa, dari jadi anak dara tua. Rugi tolak, sebab aku pasti takkan ada lelaki yang nakkan perempuan annoying macam kau”sindir Danny. Sengaja dia menaikkan amarah Kaisara. Biar tahu rasa!

“eh saudara. Jangan masuk campur hal aku boleh tak? Kau tu bujang trang tang tang, takde siapa nak! Baik kau diam sebelum air cuka ni aku simbah dekat muka kau!”Kaisara merenung tajam wajah Danny.

Dia bermain-main dengan cuka masakan ditangan. Sebetulnya dia baru balik dari rumah ibu saudara yang tidak jauh dari rumahnya. Itu pun gara-gara cuka dirumahnya habis, jadi dia minta belas ihsan dari ibu saudaranya.

Danny menelan liur. Cuka? Cuka getahkah? Habislah jatuh saham aku.. panggilan telefon menghentikan pergaduhan mereka.

“ye, kejap lagi saya sampai.”balas Danny kepada pemanggil.

“I’m done!”kata Danny sambil mengangkat kedua belah tangan. Kaisara tersenyum puas.

Dia melihat Danny sedang menghidupkan vespa merahnya. Kadang-kadang, dia hairan dengan pemuda bernama Danny ini. Kadang-kadang, 2 minggu tiada rumah dan sebulan dia bertenggek dirumah. Itu yang Kaisara perasan, itupun kalau ada bunyi bising dari motor vespanya. Pekerjaan pemuda itu pun dia tidak tahu. Masakan hal musuh dia ingin tahu. Entah kerja ke tidak.

“tapi, kalau tak kerja macam mana dia mampu duduk rumah sebesar ni? Sewa pun hampir Rm1000 sebulan. Jangan-jangan?”Kaisara mula berfikir diluar kotak.

“ha! Jangan jangan dia pembunuh upahan tak pun sindiket pemerdagangan manusia? Mana ada orang naik vespa macam dia, boleh sewa atau beli rumah kat sini?”tebaknya lagi. Dia menggigit jari sendiri.

“Ya Ampunn.. apa aku nak buat?”Dia menonong masuk ke dalam rumah. Semua pintu dikunci termasuk pintu tingkap. Kedengaran bunyi vespa Danny diluar, Kaisara duduk memegang lutut.


“Mana perempuan ni? Senyap jee. Pintu semua tertutup rapat?”Danny meninjau disekeliling rumah Kaisara. Danny menjongket bahu sendiri dan terus masuk ke dalam rumahnya. Sebentar lagi, tugasan bakal bermula. Maka sepilah hidupnya tanpa pertengkaran antara dia dan Kaisara.

Kaisara menjenguk laman Danny. Sunyi sepi namun vespa merahnya ada disitu. Mungkin pemuda itu sedang melakukan pekerjaan terkutuknya? Duga Kaisara. Dia menelan liur.

“Selamatkan aku dari dia”doa Kaisara sebelum meninggalkan perkarangan rumahnya.

Kebetulan sebuah kereta mewah berhenti dihadapan pagar rumah Danny. Kaisara sengaja melengkah-lengah perjalanan. Dia fikir syarikat itu ayah dia punya? Namun dia tak kisah, asal dia dapat mengintip pemuda itu.

Dia melihat Danny mengeluarkan bagasi dari kereta diikuti oleh seorang gadis tinggi lampai. Pemuda itu segak berkemeja putih dan slack hitam.

“Ni baru balik dari PLKN ke macam mana?”omel Kaisara sendiri.

“Alamak!!! Dah lambat, mati akuuu”segera dia menghidupkan enjin keretanya. Dia menghentak stereng kereta.

“woi kereta, kenapa masa ni kau nak meragam? Kau tahu tak, aku ada lagi 10 minit. Dah la nak hadap jammed lagi. Adui, ni semua pasal kau Danny!”bebel Kaisara sendiri.

“mak!!!”

Alangkah terkejutnya dia melihat Danny berdiri disebelah keretanya. Kaisara menelan liur dan cuba berlagak biasa.

“nak apa?!”soal Kaisara kasar.

Danny tersengih.

“rosak lagi erk besi buruk ni?”sindir Danny..

Kaisara mencebik.

“Dah tepi, aku nak keluar..”balas Kaisara kasar. Dia mengerling jam ditangannya..

“alamak..”

“Jom aku hantarkan..”pelawa Danny ikhlas.

Kaisara tercengang.. lalu ditudingkan ke arah vespa berwarna merah itu.

Danny mengangguk laju. Kaisara tersenyum paksa.

“ehhh, kejap. Danny ni antara dua.. jangan ambil risiko Sara” bisik hati Kaisara. Dia tidak jadi melangkah.

“takpelah, aku naik teksi jee.”

Dahi Danny berkerut.

“kau masih nak hadap jammed? Naik teksi lagi la lama nak tunggu. Alang-alang aku ada kat sini, apa salahnya aku tolong even kau selalu hina vespa comel aku ni.. atauu kau takut aku apa-apakan kau?”kening Danny sedikit terjongket.

Kaisara menjarakkan dirinya dari Danny yang begitu hampir dengannya. Dia menelan liur. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam kepala otak aku ni.

“ha yelaa, pergi hidupkan motor cabuk kau tu.. aku dah lambat”kata Kaisara agak teragak-agak. Sebenarnya dia malu dengan Danny.

“terima kasih sebab sudi hantar aku.. err ni upah”kata Kaisara lalu menghulur not Rm20

Danny terkedu. Huluran tidak bersambut namun dia terus memecut.


“Dasar sombong! Orang bagi duit taknak. Suka hatilaaa”Kaisara meradang. Terus dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

Hujung minggu dia dikejutkan dengan kedatangan emaknya. Nasib baik dia bangun awal, dan nasib baik Danny tiada. Seperti biasa, budak itu lesap entah ke mana. Bagus juga, tidaklah nanti pemuda itu sibuk bertanya itu ini kepada emaknya.

“Sara, jiran sebelah lelaki ke perempuan? Bujang atau dah kahwin?”soal Puan Kalsum panjang lebar. Kaisara terkedu.

“huh? Ermm. Lelaki. Jangan risau, tak pernah bersembang dengan dia tu. Bujang lagi”jawab Kaisara. Terselit pembohongan disitu. Dia tahu, nanti emaknya bakal menyoal macam-macam.

“Dia kerja apa? Nampak bawak vespa ajee. Takkan takde kereta?”soal Puan Kalsum lagi. Kaisara mengeluh perlahan. Dia menongkat dahinya seketika sebelum memandang wajah Puan Kalsum.

“ye, mak takkan tanya lagi..”Puan Kalsum seakan mengerti pandang itu terus berhenti bertanya.

****

“Haris! Dah pertimbangkan permintaan mama? Macam mana setuju tak?”soal Datin Rafidah. Wajah Haris Danial dipandang.

Danny meneguk kopi didalam cawannya.

“Haris belum bersedia, mama. Can you stop bothering my life”

“I’m your mum and how can I stopped it! Listen here Mohd Haris Danial bin Mohd Hakim. Mama, dah pinang anak Puan Kalsum dan tarikh pernikahan korang berdua dah ditetapkan.. Sampai bila nak macam ni?”

Danny tergamam setika dengan keputusan drastik Datin Rafidah.

“why.. why, you doing this to me?”

“because you can’t think what you want in your life. Sampai bila nak hidup sendiri macam ni? You’re already 29 years old, Haris”ujar Datin Rafidah dengan nada tegas. Haris sudah menguji tahap kesabarannya.

“so, what can I do now? All my life, mama yang aturkan. Macam mana Haris nak fikirkan pasal diri Haris sendiri? Huh?”balas Danny dengan suara sedikit meninggi. Dari kecil hidupnya diatur mamanya, Datin Rafidah terlalu fussy and perfectionist. Ke mana dia belajar, dia yang atur. Sekarang, jodohnya?

“Ya Allah, apa makna semua ni?”Danny meraup wajahnya.


2 minggu dia tidak pulang ke rumahnya. Kiranya sudah sebulan termasuk hari jadual penerbangannya. Tiba-tiba dia merasa kosong. Fikirannya jatuh pada Kaisara. Apa khabar gadis itu?

“mana mamat ni tak pulang-pulang? Tak sayang motor ke?” Kaisara meninjau laman rumah Danny.

“Apa yang dijengukkan tu Sara?”

Kaisara mengusap dadanya beberapa kali.

“mak ni, terkejut Sara. Dah berapa lama mak berdiri kat situ?”soal Kaisara tergagap-gagap.

“kamu suka jiran sebelah rumah kamu ye Sara?”teka Puan Kalsum.

“huh? Mana ada. Mak ni mengarutlah. Dah, orang nak pergi pejabat ni. Jaga diri elok-elok”sempat Kaisara menitip pesan.

“Mak nak ingatkan je, jangan terlalu rapat dengan lelaki. Kamu tu dah ditunangkan..sebulan lagi, kamu nak kahwin. jangan cuba nak malukan mak..”kata Puan Kalsum tegas.


Kaisara terkedu. Pemergian emaknya dihantar melalui pandangan mata sahaja. Air mata tumpah jua. Kaisara terjerat dengan perkahwinan yang langsung tak pernah dirancangnya.

Seminggu lagi pernikahan bakal berlangsung. Kaisara belum berkesempatan bertemu bakal suaminya. Kata emak, dia akan berjumpa bakal suami apabila majlis berlangsung.

Dia termenung sendiri di balkoni rumah sambil menatap bintang di langit. Hatinya tidak keruan. Dia hilang semangat, mulutnya tidak sebecok dulu. Dia mengalih pandangan pada rumah Danny. Sedikit cahaya kelihatan dicelah pintu menandakan pemuda itu berada di rumah.

Kaisara menangkap susuk tubuh dahi sedang memeluk lutut ditengah laman rumahnya. Wajahnya berserabut bagai dilanda masalah besar.

Danny meraup wajahnya. Hidupnya dirasakan kucar-kacir. Sekelip mata berubah. Dia mengusap vespa kesayangan yang sudah berhabuk dek kerana terlalu lama ditinggalkan. Dia menangkap derap kaki seseorang menghampiri.

“Fuh! Kau ni kalau sehari tak kejutkan aku, tak sah kan!”marah Kaisara.

Ternyata Danny cepat bertindak. Kini pemuda itu terpacak dihadapannya Cuma terhalang dengan pagar simen.

Danny tersengih. Dia tidak membalas seperti biasa.

Kaisara merenung wajah Danny. Besar sangatkah masalah yang dihadapi Danny?

“erm, ada apa-apa yang kau nak share dengan aku?”

Kening Kaisara sedikit terjongket dengan pertanyaan Danny. Sepatutnya aku yang dia..

“kenapa dengan kau? Kena reject dengan awek? Atau kena kahwin paksa?”Kaisara menyoal kembali.

Danny tercengang.

Senyuman terukir dibibirnya.

“mesti kau rindu nak gaduh dengan aku,kan?”

Kaisara ketawa perlahan.

“Aku tengah serius ni..”

“la, aku pun serius. Kalau tak, kita ni asyik gaduh kan. Mana pernah, nak cakap lembut-lembut macam ni”balas Danny. Dia duduk diatas vespa kesayangannya.

“Life is too short for choosy right?”kata Kaisara tiba-tiba.

“huh?” Danny tercengang seketika cuba mengamati maksud Kaisara.

“nothing.. erm, aku masuk dulu. Esok aku nak balik kampung, oh ya.. hujung minggu depan, aku kahwin. Jemputlah ke rumah, nanti aku bagi alamat rumah. Sorry, kad dah habis”

Terkedu. Sememangnya Danny terkejut mendengar berita yang disampaikan.

“oh, congratulation..” Danny memaniskan muka mestipun hati retak seribu.

“Thank you.. jangan lupa datang”balas Kaisara dan terus berlalu. Dia menangkap bunyi vespa Danny. Laju sahaja pemuda itu memecut.

“apa kena dengan dia ni..”soal Kaisara sendiri.

Danny menghayun buaian laju. Pukul 1 pagi, ditaman itu sepi tanpa manusia. Masa-masa begini, pastinya masing-masing sudah enak dibuai mimpi. Itulah yang menenangkan hatinya saat itu. Ayunan terhenti. Dia memegang dadanya sendiri.

“aku suka dia?”kata Danny sendiri.


Mata terpejam rapat.. dia sedar, dia sudah terlambat untuk menyatakan cinta pada gadis itu. Tidak lama lagi, Kaisara bakal mendirikan rumahtangga dan dia juga mengitung hari untuk bergelar suami kepada gadis yang tidak tahu bagaimana parasnya.

Kaisara makin berdebar. Sebentar lagi majlis bakal berlangsung. Dia masih memikirkan mengenai bakal suaminya. Kata emak, bakal suaminya pilot. Namun hatinya masih tidak tenang, Dia tercari-cari kelibat Danny di halaman rumah. Tiba-tiba dia mengingai sesuatu.

“aku lupa nak kasi alamat” dia menepuk dahi sendiri.

Danny dibantu oleh ibunya. Sampin dipakai kemas.. sebentar lagi dia bakal bergelar suami kepada gadis bernama Sara.

“Dah ready?” soal Dato’ Hakim.

Danny mengangguk perlahan. Dalam hatinya, hanya Allah yang tahu apa yang dia rasakan saat itu.

Bahunya ditepuk perlahan.

Buat pertama dia menjejakkan kaki ke Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu. Hati berdebar-debar.

“Ingat, Nur Kaisara binti Hamdan..”celah Datin Rafidah.

Danny mengangguk.

“Kak, pengantin lelaki dah sampai”Anis adik perempuan Kaisara, menjenguk ke dalam bilik.

Kaisara bersiap sedia. Hamidah selaku mak andamnya, membetulkan solekan buat kali terakhir. Dia dibawa ke ruang tamu. Tetamu memenuhi ruang rumah. Kini, dia berada tidak jauh dari bakal suami. Ibu dan adiknya berada disebelah kiri dan kanan. Saudara-mara lain turut berada disitu.

Dia tidak dapat melihat wajah bakal suaminya. Kedudukannya membelakangi pemuda itu. Dia hampa.

Dengan sekali lafaz, Kaisara sah menjadi isteri kepada Mohd Haris Danial bin Mohd Hakim. Perasaan bercampur baur, berdebar dan segalanya bersatu. Kini, suaminya berada dihadapan mata. Sesuatu yang tidak disangka.

Bulat matanya memandang pemuda dihadapannya.

“Danny?”

Danny tercengang. Senyuman terukir dibibirnya.. Danny mencapai jari jemari Kaisara.

Cincin tersarung dijari manis Kaisara. Bagai mimpi, tidak tahu samada dikategorikan sebagai ngeri atau indah.

“so, should we call “kau aku?” ahhh, I think we should change it”usik Danny mengundang tawa Kaisara.

“Senget..”Kaisara menunjal dahi Danny. Dia tersenyum bahagia.

“Tak sia-sia kita satukan mereka. Jodoh dia dah dekat sangat, tak sangka Kaisara jiran Haris..”kata Datin Rafidah teruja. Dia benar-benar gembira di hari pernikahan anak sulungnya.

“yelah. Akak pun tak sangka. Sara tu sebenarnya dah terjatuh sayang dekat jiran dia tu”

Mereka sama-sama tersenyum bahagia. Dari jauh dia melihat pasangan bahagia bergurau sesama mereka.

“sayang, vespa siapa dekat bawah rumah tu?”soal Danny. Idea bernas muncul..

“arwah abah punyaa”jawab Kaisara. Penyakit dia dah datang..

“Ambik kunci..”arah Danny.

“Mike, can you follow us? I want a great photos wedding photo.”Danny menghampiri temannya yang sibuk membelek kamera.

“sure..”balas Mike teruja.

“so, let’s ride with me for second time..”ujar Danny yang sudah pun menghidupkan vespa itu.

“Tapiii.. I wear this kebaya. Susahlah!”Kaisara cuba berdalih. Sebetulnya dia malu, bukan malu dengan vespa.. tapi dengan si suami sendiri.

“Duduklah mengiring. Tak susah, peluk kuat-kuat kalau rasa nak jatuh. Takpe, dah halal kan”sempat Danny mengusik.

Banyak gambar candid diambil. Dari dihadapan rumah pengantin, sehinggalah ke Taman Shah Bandar.. Sejujurnya Danny gembira dengan pernikahan yang diatur ini. Jika dari awal, dia tahu siapa gerangan gadis pilihan ibunya, pasti dia lebih cepat bertindak. Melakukan persiapan dengan lebih bersungguh-sungguh..

Kaisara memandang wajah Danny yang terserlah kebahagiaannya disitu. Banyak silap, dan dia juga sudah banyak salah anggap terhadap pemuda ini. Berharap kebahagiaan ini berkekalan hingga syurga.









No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥