May 11, 2015

kenapa perlu belajar tinggi?

Assalamualaikum

"perempuan, buat apa belajar tinggi-tinggi sampai diploma, phd, degree, master? nanti masuk ceruk dapur jugak.."

perempuan jawab "itu yang menentukan dapur kami, besar atau kecil"

Mak aku cakap;

Perempuan, tak salah belajar tinggi-tinggi. Nak tahu kenapa? senang.

perempuan, berisiko tinggi untuk diceraikan oleh suami. Kau surirumah ke bekerjaya tinggi, kalau jodoh takat tu? Tak mampu nak cakap lagi. Maaf kalau ada tersinggung. Tapi, bila lelaki yang cakap macam ayat bold pertama tu, aku tergerak nak buat entry. Maaf lagi sekali.

Serious, ada betul cakap mak aku. Cubalah fikir diluar kotak sikit. Bila kau ada pendidikan tinggi sekurang-kurangnya kau ada backup plan untuk masa depan. Dan bagi aku pulak, kalau kau ada pendidikan then kerja, mungkin dapat membantu meringankan beban tanggungan suami. Maybe, suami boleh bagi duit tiap-tiap bulan untuk kau, tapi apa salahnya kalau kerja then duit tu, kau boleh guna untuk anak-anak kau. Kurang beban sikit. Yela, suami kau dengan nak bayar kereta, rumah, barang dapur, duit kau lagi tiap-tiap bulan so dengan adanya kau, mungkin kurang sikit beban. Tapi si suami pulak, janganlah ambil kesempatan pulak. Dengan ekonomi negara sekarang, memang patut kerja lainlah kalau suami awak ada company sendiri, kayo-rayo. hahaha

Mak aku selalu cakap macam ni; kalau esok-esok kena cerai, atau suami meninggal ke (bukan doakan, kalau takdir?) kurang-kurang bila ada kerja sendiri, tak perlu nak fikir mana nak cari duit nak belanja hari-hari. Sebab backup plan kan adaa. Ma taknak anak-anak ma jadi macam ma hidup susah lepas bercerai. see!

Sentap pulak rasa.  Takpe ma, orang belajar rajin-rajin sampai grade, orang buat bakcup plan for future okeng. hihihi.

4 comments:

  1. Sokong sgt..selalu fikir mcm tu. apa akan terjadi dihari kemudian. Takkan nak harap kat lelaki je. Selagi mampu kita buat sendiri. Hehe

    ReplyDelete
  2. @NATRA ISMAIL kan, even kita stay dengan suami nanti, apa salahnya tolong menolong kan..

    ReplyDelete

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥