May 2, 2015

Tragedi Kemalangan Maut

Assalamualaikum.

Disebabkan perbuatan tak bermoral, nyawa jadi taruhan.  Itulah orang cakap, nak buat sesuatu fikir dulu. Oh ye, lupa. Kalau dah fikiran tak terkawal, memang tak sempat nak berfikir. Otak jadi sempit. Terlalu geram sebab perbuatan tu menyusahkan dan meragut tiga nyawa sekaligus. Dan paling menyedihkan, anak sulung dan kedua pasangan tu jadi anak yatim piatu sekelip mata. Allahu.

Tak dapat aku bayangkan bagaimana hidup adik tu tanpa ibu ayah dia. Memang betul, dia ada ibu saudara/ayah saudara tapi layanan mungkin berlainan dari ibu ayah sendiri. Mungkin juga dia akan selalu mimpikan ibu ayah dia nanti.

Adik, jangan risau. Sekarang, ibu ayah serta adik baby selamat dalam jaga Dia yakni Allah S.W.T.  Dan semoga si pelaku yang terlibat bertanggungjawab dan mendapat hukuman yang setimpal. Larilah jauh mana, Allah ada. Balasan Allah menanti.

Sebelum buat sesuatu, fikir dahulu. Hidup jangan menyusahkan orang kalau taknak menyesal seumur hidup.

p/s: saudara saudari, jalan raya tempat orang lalu lalang ke sana ke mari. Bukan tempat awak berlumba, sila berhemah.  Bukan kereta awak setongkol ada kat situ, kalau tak nyawa kau yang hilang mungkin nyawa orang lain. kalau dah rasa tak sayang nyawa, terjun lombong sana.

p/s: Al-Fatihah buat keluarga arwah. Semoga redha dengan takdir Allah S.W.T

artikel penuh

4 comments:

  1. Rasa sangat marah dan sedih. Betul, terfikir macam mana adik2 yang masih hidup nak jalani kehidupan tanpa parents mereka. Dah lah masih kecil Sedihnya.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kita mak takde kejap gi kedai pun dah gelisah. Harap diorang baik-baik sahaja.

      Delete
  2. sedih pula bila dapat tahu kemalangan nie kan... dahla anak2 tu kecil lagi, xtaw yg mereka skrg dh jadi anak yatim..hurm so sad

    jemput like sini tq - https://www.facebook.com/mbherbs/photos/a.607060426095992.1073741857.172523436216362/607060666095968/?type=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. harapnya si pelaku tu dapat hukuman setimpal

      Delete

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥