Oct 31, 2015

Tutorial: Transparent Header bersambung

Assalamualaikum.

memandangkan aku rajin sangat nak godek photoshop, jadi aku nak buat tutorial header transparent bersambung dengan body. tak nak cakap banyak, jom mulakan *chicken dance sikit*

jadi pertama sekali, bukak photoshop. tak kisah photoshop cs berapa pun tapi aku guna cs4. kihkih.

 
step kedua, tentukan width dan height header. kalau ikut blog aku, width; 890. height aku main agak je; 300.





kemudian untuk step ketiga, pilih shape, rounded rectangle (**rujuk gambar**)

lepas create shape macam dekat atas, nak adjust kedudukan atau lebar boleh tekan move tool. nanti adjustlah tinggi/lebar shape tu.

Step empat, pilih type tool dan typelah tittle blog. nak tulisan/warna apa terpulang.

Step lima, cara-cara nak kasi dia glowing sikit. klik layer, kemudian klik layer style dan pilih drop shadow. dekat drop shadow, boleh pilih warna apa yang nak dijadikan shadow. cuma klik kotak hitam sebelah blend mode. nak kasi nampak dia pun glow, klik pula, outer glow. kemudian, tekan ok.

step keenam, kalau macam bosan tengok kosong je header tu boleh tambah image. boleh search di encik google.com. Nak hilangkan background putih, quick selection tool. kemudian, klik pada gambar sampai jadi garisan putus-putus dekat luar dan pilih erasar tool dan right click pilih magic eraser tool.

tadaaa, background dah transparent. dan korang boleh klik edit dan copy.


kemudian, paste dekat header yang dah siap di tulis.  okay, header dah siap! I wish you luck guys. basic ni nanti boleh dipraktikkan kalau nak buat header lawa-lawa. 

p/s:  maaf gambar agak besar lepas aku paste dekat paint app. kahkahkah. ouh ya, nak request tuto dipersilakan. aku akan publish apa yang aku tahu aje. byebye.

Peringatan ! header ni bersambung dengan body tau. haha, tu aje.


No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥