Nov 27, 2015

PERBEZAAN iPHONE CLONE & iPHONE ORI

Assalamualaikum.

malam ni nak cerita sikit pasal iPhone. sikit je tak nak banyak-banyak hahaha!

iphone clone ni dia jual sangat murah dari harga biasa kecuali kalau ada sale, ada je iphone original di jual dengan harga murah tapi itu adalah set refurbished. back to iphone clone. memang di skrin utama dia guna app store tapi sebenarnya playstore :) yup iphone clone adalah 100% android dan iphone tidak menggunakan apple id. korang tak boleh buat fingerprint dan daftar apple id. 100% isi kandung di copy terus. ada sesetengah app dekat setting tak boleh bukak contoh ipod+nike, fingerprints. camera belakang dan depan tak lawa. dia pecah-pecah sikit. iphone clone ni, korang boleh bluetooth dengan telefon android lain no problem.

iphone original, kalau nak masuk app store kena ada apple id. nak tahu macam mana nak buat apple id? rujuk sini. iphone original tak boleh bluetooth dengan mana-mana phone kecuali sesama jenis. kalau nak hantar lagu boleh ke whatsapp terus. tapi bila android user hantar lagu dekat whatsapp si pengguna apple masam ni, dia hanya boleh dengar lagu dekat whatsapp je sebab dia tak ada file folder. kalau nak dengar lagu, download JOOX. hihi. kalau iphone clone dia ada file folder. and yang penting camera iphone original ni dia cun lawa gila tahapp gaban. hahaha! dah nama pun ori kan.

yes, bentuk tubuh fizikal iphone ori dengan clone tak banyak beza. salah satu, iphone ori memang berasa jisim berat kalau pegang, clone pulak macam tak pegang apa-apa. haha.. so hati-hati kalau nak beli okay.

ouh harga iphone clone memang tak sampai seribu. harga dia dalam RM290-RM390 something.

addition info; set refurbished adalah set yang di hantar semula ke kilang atas tujuan untuk membaik pulih keadaan iphone tu. kalau ada rosak sikit, pastu hantar kilang than jual balik. sebab tu panggil refurbished. kira yang rosak boleh baiki lagi dia akan baiki cantik-cantik confirm boleh guna dia jual. cuma kalau nak beli kena tunggu 8-9 weeks hari bekerja.

9 comments:

  1. wahh ! menarik ! terima kasih dapat tahu juga apa itu refurbish

    ReplyDelete
  2. Tapi camera bole guna lgi kn dari phone jenama lain?klau iphone 6s superking okey ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy guna yang tak ori ip 6s superking , camera ok jer , hehe

      Delete
  3. boleh guna tapi kamera dia tak clear. yg tu tak tahu :D

    ReplyDelete
  4. Owh habis yg kat mane mane shop tu yg jual iphone murah tu clone.. ..mmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga. clone ni dia murah and readystock. kalau yg murah tapi kena tunggu 4-6 bulan itu dipanggil refurbished set. Original import atau malaysia set tapi dia bukan clone. proses menunggu tu buat dia jd harga turun, jgn salah faham pula :D

      Delete
  5. Boleh ke clone bluetooth dgn ip ori?

    ReplyDelete

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥