Nov 2, 2015

REVIEW: SAFI BALQIS WHITE TRILOGY KAWALAN MINYAK & JERAWAT

Assalamualaikum.

Aku tahu,  kita as gadis-gadis comel (perasan pulak ahahaha) memang tak lari dari wajah berminyak, kusam dan berjerawat. Memanglah jerawat tumbuh disebabkan perubahan hormon dalam tubuh badan tapi kau pun kena tahu masalah jerawat pun berpunca dari kulit berminyak! Jadi sebagai langkah untuk mengatasi jerawat, kita harus bijak memilih produk kecantikan terutama yang sesuai dengan kulit muka. selain itu, yang mampu melawan kulit berminyak dan berjerawat.

Okay, aku ada masalah kulit berminyak. memang nampak sangat terutama dekat hidung ni memang berkilat hahaha! lepas tu mulalah naik jerawat di situ di sini dan di sinun sampai tertinggal parut hitam. goshh, itu yang aku tak suka sangat. muka nampak tak bersih tahu tak!!

hari tu, aku pergi supermarket dengan mama then nampaklah Safi Balqis White Trilogy tersusun cantik dekat di hadapan kaunter sebelum ni tengok iklan dekat tv aje and kebetulan sangat masa tu muka aku tengah burn teruk sebelum guna disebabkan menempuh hari panas di uitm tu (kat mana-mana pun panas). jadi, antara yang banyak-banyak safi white trilogy, aku ambik Kawalan Minyak & Jerawat.  Apa yang bagus Safi Balqis White Trilogy ni mampu mengurangkan minyak pada kulit dan make it smooth! (excited kau cerita. hahaha!) selepas seminggu guna, aku perasan yang kulit makin cerah (sikit) and parut jerawat yang hitam plus degil nak mati tu pun mula berkurangan. selama ni, aku guna pencuci jenama x buat kulit aku kering, kasar dan makin jerawat keluar sampai berparut hitam! sedih kau sebab sebelum ni tak ada pun parut jerawat hitam bertempek dekat muka (dahhh, abaikan bebelan kesal aku tu). Itu baru pencuci muka belum pakai satu set dah tunjuk kesan positif. ouh, ini buat hati aku berpaling tadah.

apa yang terkandung dalam Safi Balqis White Trilogy Kawalan Minyak & Jerawat?

lupa nak cakap pasal excited sangat. kah! okay, formulasi arbutin, nano biowhite dan juga ekstrak limau gedang bertindak menerusi tiga lapisan kulit untuk sepuluh aksi tindakan kulit. dengar je arbutin, ramai jugak yang pakai sabun arbutin tu dengar-dengar memang elokkan. hihi. limau gedang memang sangat elok untuk kulit. orang cakap limau boleh membaiki kulit yang sensitif macam yg berparut hitam dekat muka tu memang sangat elok.

antara fungsi utama Safi Balqis White Trilogy Kawalan Minyak & Jerawat.

dapat membersihkan dengan mendalam thats why kulit rasa ringan and segar lepas cuci. selain tu juga, mengawal lebihan minyak,mengawal jerawat, melindungi dari sinar UV yang membolehkan kulit koraang burn teruk macam aku -____-. yang paling best, dapat mencerahkan kulit, memudarkan parut, menyamaratakan tona kulit, melembutkan kulit serta menghaluskan. that's why rasa macam sutera je kulit muka ni lembut semacam. werrkkkkkk -___- haha.

bau dia, bau limau. smooth sangat bau. yang tu aku suka sebab ada sesetengah pembersih muka bau kuat disebabkan bahan kimia terlalu banyak. jadi berhati-hati dalam memilih produk kecantikan terutama yang mahal and berjenama luar negara. Bahaya tau untuk kulit sebab ada mak saudara aku dia pakai a quite famous product tapi lama kelamaan kulit dia berjeragat padahal sebelum ni she have a flawless skin.

aku memang suggestkan white trilogy sebab kesan dia sangat best and harga sangat berpatutan around RM6.90 tak silap for 50g (aku dah lupa) tapi aku beli yang percuma 30%. aku memang suka free gift hahaha. yang penting selamat dan suci.


No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥