Jan 9, 2016

Pengalaman Pertama Masuk Rumah Hantu

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog. So, first of all. I want wish you guys Happy 2016. Tahu dah lambat sangat tapi kita still bulan Januari kan? hahahahha.

Harini, kitorang ada event dekat hotel. err, bukan kitorang tapi student hotel management. Untuk kelab mereka, D'Hoteliers. Sedap nama tu hahahaha!

Hocfest harini memang terbaik. Macam-macam aktivitilah ada harini tapi cuma aku dan kawan-kawan tertarik dengan satu je. House Haunted ! Tiket harga RM3, berbaloilah tapi nak tunggu turn lambat sikit. lepas tu dengan panas, berpeluh macam dekat sauna. kitorang, 5 orang kena tunggu setengah jam. bayangkan baju dah lencun dengan peluh. nasib tak masham. hahahahaha!


Ini pengalaman pertama aku masuk rumah hantu. hmm, not badlah. Dalam tu aku asyik gelak jee dan aku siap pesan dekat hantu janganlah menjerit kuat sangat nanti sakit tekak. hahahaha! buat hantu-hantu jangan lupa minuman air asam jawa suam lepas ni. gigih betul korang yee nak takutkan kami.

mula-mula masuk okaylah tak scary sangat sebab ada "hantu" perempuan berdiri tegak. just conteng-conteng muka berdiri depan then pusing ke arah kami. lepas tu, ada kepala berulatlah, bunyi kerusi jatuh. Aku dah bantai gelakkan Anis masa kitorang nampak hantu yang lalu sebelah kitorang. Dia nak terajang hantu tu. Muka dia dah nampak geram sangat sebab terkejut hahaha! btw, kami dah di pesan awal-awal lagi jangan pukul hantu-hantu dengan beg and dengan tangan pun tak boleh.

yang paling tak boleh blah bila aku duduk kedua belakang boleh tukar tempat depan sekali masa last. sebab ada pontianak lelaki serabai depan pintu sambil merangkak. Ada kawan aku ni memang takut dari awal masuk. dia pegang Anis sampai kitorang takleh gerak. memang stay la dekat hantu tu. hahahah! then, aku pergi depan. aku terus tarik Sal keluar dengan kawan-kawan lain.

masa keluar tu memang kitorang gelak habis-habisan lah. patutlah ada student sebelum kami masuk menjerit macam nak keluar anak tekak. apa pun terbaik! and paling best kitorang dapat merit. hahaha.. ingatkan takde. so bolehlah tambah merit untuk bida kolej semester depan.

Hocfest ni berlangsung hari ini dan esok (last) student uitm dungun yang tak pergi lagi, jemputlah. jangan lupa masuk rumah hantu.

2 comments:

  1. ala...xde gmbr ke nk cuci mata ni

    ReplyDelete
  2. alaaa, takde. sempat jerit tapi tak sempat ambik gambar hahahahahha

    ReplyDelete

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥