Mar 16, 2017

PILIH KURSUS YANG BETUL IPTA/IPTS

Assalamualaikum and Hello everyone.

First thing first, aku nak ucapkan tahniah buat pelajar-pelajar yang dapat keputusan SPM hari ini. Banyak mana kau usaha, itulah hasil dia. Tak kisahlah gagal atau lulus still nak ucap tahniah sebab dah selamat tempuh fasa pertama. Gagal itu jadikan teladan TAPI tak bermakna gagal tu selama-lamanya. Korang tetap ada peluang nak berjaya janji berusaha dan tak lupa kepada pemberi nikmat, Allah S.W.T. okay? Sekian tazkirah ringkas dari saya. hihi.

Dah dapat result, kan? Tak lama lagi abang-abang posmen menghantui korang dengan surat-surat dari IPTS. Dan untuk IPTA pula nanti kena beli pin number dekat BSN dan masa tu line tersekat di skala enam, tersumbat dalam toiletlah.. macam-macam. Harap-harap korang dah ready untuk fasa seterusnya. (tetiba aku lost nak tulis apa lagi dekat sini -_-)


Aku selaku kakak yang dah makan garam menempuhi SPM dan bakal menamatkan zaman bujang diploma tak lama lagi, sini aku ada tips untuk adik-adik yang baru nak apply kos atau kursus di IPTA/IPTS nanti. Harap-harap membantu yeps. hihi.

Korang kena fikir panjang-panjang. Lantaklah masa tu nak menangis ke apa asalkan korang fikir betul ke kursus tu sesuai dengan kau. Lain orang lain citarasa so jangan ikut kawan. Haa, ini aku nak pesan. Kalau kau isi IPTS, maybe kau dapat sekali dengan kawan tapi IPTA, terutama Uitm ni. Baik nggak usah. Sebab apa, tak semestinya korang apply satu kos yang sama, korang akan dapat uitm yang sama. kenapa? sebab Uitm banyak cawangan kakakaka (ini tak kelako) tapi betullah, tak mestinya satu uitm je yang tawarkan kos yang sama, uitm lain pun ada jugak. Contoh, untuk office management ada dekat Merbok, Dungun (sini aku) lagi perak tak silap.  Satu tempat tu kira limited jugaklah. Kalau lebih had, terpaksalah dia hantar kau kat mana-mana dia suka. hmm.

lagi satu, biar je kawan korang nak apply kos apa pun, asalkan kau tak rugi dan tak burnkan duit mak ayah masuk U sebabnya tak boleh nak masuk dengan kos yang kau ambil tu. Tak sampai satu semester, terkandas.  Ini true story.  Lagi satu, jangan ingat bila masuk universiti tak ada kawan. Aku masuk sorang-sorang eh bukan sorang-soranglah. Maksud aku, bawa diri sendiri tanpa kawan elok dapat kawan. Ramai pulak tu boleh muat satu bas ehek tipu. Tapi adalah kawan-kawan yang membantu tika senang dan susah. Sampai sekarang elok berkawan even ada dikalangan mereka dah sambung degree. Tahniah awok-awok.

Pilihlah kos yang korang betul-betul minat. Macam aku mention dekat atas tadi (mohon cari). Sebab apa, ada kes ni dia tak minat pun subjek membaca tetapi sebab ikut kawanlah dia hanya merasai alam belajar selama satu semester sahaja. Pada yang repeat tu, mujurlah ada peluang untuk membaiki kesalahan. Sebab apa tau dik, kau belajar untuk masa depan kau bukan untuk orang lain. Kalau kau assume yang kau akan sedih berpisah dengan kawan kau, akak cakap boleh jalanlah dengan sedih kau. Nanti, kau terkinja-kinja dengan member satu bilik dengan member satu kampung yang berjanji nak belajar satu universiti tu kau ingat-ingat lupa je.

Pentingnya pilih kos yang korang minat ni sebab minat mestilah korang enjoy je buat something tu. Even cakap stress nak mati terjun bangunan still dapat dekan. Ini sebab kau nak kejar jugak cita-cita kau. Lagi satu, otak orang suka mengira dia takkan suka membaca, Trust on me. Sebab apa, aku minat mengira dan aku benci membaca kalau boleh soalan pun aku malas nak baca. Berkobar-kobar nak kira sampai fixed cost dah bagi tapi ingatkan itu average cost. tetiba pulak.. Kalau otak yang suka membaca its okay, dia memang balance dengan mengira. Kiranya kalau ambik mengira pun dia boleh score. haa cenggitu.

Cari kelemahan diri sendiri. Ini yang patut !! Jangan ingat kau SPM hebat, masuk universiti pun hebat. Orang macam gini kalau menbangga diri sangat nanti jadi haprak. Bila dia rasa dia hebat, dia mula bangga diri. Lepas tu jadi hilang mood nak study sampai boleh cakap "ala bolehnya tak study. masa spm dulu boleh buat cenggitu, takkan diploma/degree tak boleh.." jangan ya diknon. Sekolah ni lain, Universiti ni lain boh. Sekolah ni ikut logik dapat markah full, universiti ni ikut logik setengah markah pun belum tentu.

Jadi pesan aku, pilihlah betul-betul. Kalau rasa nak jadi peguam ambiklah kursus berkaitan jangan pergi ambil business. Nak debat nanti susah sebab jawapan tak sama dengan soalan. Anyway, aku ucapkan selamat maju jaya dan ingat, tak ada yang senang dalam dunia ni. Jangan riak jangan sombong, sebab benda yang kita dapat tu tak semestinya kekal milik kita.


No comments:

Post a Comment

Don't Spam. Positive words only, pretty ♥